Movie Review : Hantu Kak Limah


Pengarah : Mamat Khalid
Genre : Seram/Komedi

Cerita bertitik tolak dari kematian Kak Limah (Delimawati) secara misteri yang mana dia baru sahaja berkahwin dengan Khuda (TJ Isa). Selepas kematian Kak Limah, seluruh penduduk kampung sering diganggu dengan hantu yang menyerupai Kak Limah. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka dalam mengusir gangguan hantu Kak Limah tersebut.

Seperti biasa, movie dari Mamat Khalid adalah sangat menghiburkan. Dari awal hingga akhir, kalau tak gelak memang tak sah. Part yang paling kelakar adalah waktu Nayan (Ropie Cecupak) ditugaskan menjaga mayat Kak Limah berseorangan di tengah malam. Watak Solihin (Zul Ariffin) sebagai bomoh dan guru silat pun kelakar, part bertumbuk dengan hantu Kak Limah. Tak boleh blah macam mana guru silat yang banyak ilmu tangkap hantu boleh kalah di tangan Kak Limah. Dan tak boleh nak elak, watak Husin (Awie) dan gengnya memang dah kelakar sejak siri movie terdahulu.

Sinematografi cerita ni sangatlah best. Dari segi pencahayaan, suasana kampung dan shoot shoot yang dibuat semuanya hebat. Muzik yang digunakan pun memang mengimbau kenangan silam. Lagu Srikandi Cintaku memang best giler. Suara May memang lunak dan sesuai digandingkan dengan Awie untuk lagu ni. Tak dilupakan lagu Hati Ku Luka Lagi - Black Dog Bone memang enjoy bila dengar. Tapi rasa agak kelakar bila lagu ni dinyanyikan oleh Husin, Solihin, Khuda, Yeh (Rab Khalid) dan Wani. Walaupun dalam ketakutan dari mengelak gangguan Hantu Kak Limah, nyanyi tetap kena maintain feeling dengan menari gitu. 

Cuma perjalanan cerita ni agak boleh dijangka. Jalan penceritaan yang agak sama dengan siri movie terdahulu. Antara persamaannya, Husin yang bercinta dengan makhluk lain. Dalam konteks cerita ni, Husin bercinta dengan bunian. Permulaan cerita ni pun ada persamaan dengan cerita Pee Mak dari Thailand. 

Cerita Mamat Khalid kalau dipikirkan bukan sahaja lawak tapi ada pengajaran yang kita boleh ambik. Kiranya, lawak dalam nasihat. Sebagai contoh watak Sabri Yunus dalam melobi undi dari semua pihak dan tak boleh nak move on lagi walaupun dah kalah. Sampai Penghulu Bunian (May) pun siap kene lobi suh undi dia. Selain tu bab Yeh Sekupang condemn soal halal haram mesin kuda dan kedai vape. 

So secara konklusi, Marhaen Reviewer bagi 4/5 bintang